Thursday, December 24, 2009

DONE!

Tak sangka aku mampu menjahit! Adakah ini dinamakan bakat terpendam..? muahahaha Tak sangka tangan aku yang keras ni bleyh menjahit rupenye.. Layan gambar je la, ni hasil kerja tangan aku dalam menjahit manik ni... thanks a lot to my sifoo, Kak Rieta.. Thanks a lot, sis!

Sunday, December 20, 2009

Jahit manik sendirik!

Perrghhh..cam tak caya jek aku leh terjebak dalam aktiviti menjahit manik nie.. dah bosan sangat cuti lelama nie.. asyik makan - tido - FB jek! Sampai satu tahap aku dah rase muak nak tido, muak nak layan FB.. errr.. makan tak rase muak pulak.. hadoiii..

Skarang nie aku tengah jahit manik kat baju aku ngan baju mak aku! Pergh cam tak percaya jek cubaan pertama jahit 2 helai tuuuu.. Progress baju aku..da siap 50% kots, kerja tertangguh disebabkan kehabisan bekalah manik..bukan salah aku, salah kedai Feroz la tadek stok manik kaler kuning... hahah

Aku pon jahit la manik kat baju mak aku laks.. Progress dalam 40% siap kots..mase mula2 start jahit memang la aku berkobar-kobar..stop je sehari, nak start balik punye la liat... tambah2 bila ada gangguan kanak-kanak nakal kat umah nie.. oh oh sungguh menguji kesabaranku..

Mahu lihat hasilnyaa...? tunggu........................ aku sendirik pon tatau bile bleyh siap baju2 nie... hahaha

Sunday, December 6, 2009

Result Exam dan Jahitan

Result Exam
Keputusan Peperiksaan KPLI Amb Jan 2009
Rasenye majoriti dok kat kampung kan, cemana nak check result? Takkan la aku kat Negeri Cik Siti Wan Kembang nie terpaksa ke Bandaraya Bersejarah semata-mata untuk check result? Musykil aku kenape la pihak IPG tak buat online, senang la sket.. kat mana-mana pon bleh check!

Terima kasih sangat-sangat kat Ema (PKU PK1) yang telah bersusah payah pergi check kan result kitorang. Alhamdulillah, semuanya lulus dengan kepujian dan cemerlang. Congratulations...!!

Blog Jahitan Sulaman Manik
Dalam dok bosan-bosan, aku buatkan satu blog untuk kakak ipar aku, Kak Rieta. Blog Jahitan Sulaman Manik. Sesapa yang pernah tengok baju-baju kurung dan tudung aku (esp Duyong's), mesti tau hasil kehalusan kerja Kak Rieta. Kalo perasan, kat header tu pon sulaman baju aku tau! ihiikkksss... so, kepada sesiapa yang berminat untuk menempah jahitan sulaman manik untuk digayakan pada koleksi baju kurung, kebaya / tudung korang, boleh hubungi beliau. Harga yang amat berpatutan, tempahan melalui pos pon boleh.. cayalahh.. Tolong promote skets! Ehekkksss...

Saturday, December 5, 2009

Kebosanan..

Wahh.. dah lama rupenye aku tak menulis kat blog ni. Banyak cite nak tulis, tapi mood nak menulis tu tadak! Rase macam tadek idea je nak mengarang..

Alhamdulillah, Exam KISSM dah berakhir 25hb Nov lalu. Taklimat penempatan pon aku dah hadiri (note: mamat yang bagi presentation tu poyo nak mampus!). Malas lah nak elaborate lelebih pasal taklimat tu, buat sakitkan hati jek. Surat lantikan dah diterima. Cuma persoalannya skarang, POSTING! Bile la bleh tahu posting nie... huuhuhu

Aidiladha 2009
Perjalanan pulang ke kampung halaman bersama Roky dan adiknya agak membosankan disebabkan kesesakan jalan raya yang agak teruk dan keadaan fizikal jalan raya yang berlubang-lubang. Namun cuaca amat baik pada hari itu (hari-hari sebelumnya hujan yang amat lebat tanpa henti) mengiringi perjalanan kami. Alhamdulillah, selamat sampai ke kampung halaman dikala senja. Penat yang amats, malam tu aku tidur je laa..

Sambutan Aidiladha tahun ni macam biasa... seperti tahun2 lalu jugak. Semua adik beradik berkumpul, kecuali si bongsu la masih dok beraya di perantauan.. Aktiviti mengorbankan lembu pon berjalan lancar, sebelum semayang Jumaat dah settle! Aku apa lagi.. dorang gi semayang Jumaat aku tido laa.. ehheheh (alasan: cover penat drive smalamnye) :P

BOSAN
Selama aku keje (2thn kat Adrenalin, dekat 3 tahun kat BUTL) aku mana penah dapat cuti panjang. Paling lama pon 4-5 hari je. Skarang, cuti yang panjang membuatkan aku rimas! BOSAN! Dah tak tahu nak buat ape dah. Sampaikan tido pon aku rase bosan! Adooii.. tak tau laa ape aku nak buat sementara tunggu keputusan posting keluar. Aku nak sangat tahu TEMPAT dan TARIKH LAPOR DIRI, so senang sket nak buat perancangan seterusnya. Aku tak suke keje-keje last minute nie. Nanti semenye kalut.

Nak tau ape aktiviti aku mase cuti ni? Tengok TV? Nak tengok tv pon tadek cite best lagipon malas nak berebut ngan anak buah aku dok main PS2 je. Tido? Memang aku layan tido gaks laa, malam tido awal, pagi plak lepas smayang subuh aku sambung tido balik... syiok wooo.. dah tu bangun tido, makan... pastu kalo ngantuk aku sambung tido lagiks.. kalo tak aku online je laa.. layan facebook.. jenguk-jenguk blog orang dan main game.. uhuhu bosan nye kehidupanku sekarang... Nak kuar gi jenjalan tadek geng, lagikpon asyik ujan je.. nak pegi cuti-cuti malaysia...ongkoss nya plak takde.. so cemana??