Friday, June 25, 2010

Tidur yang nikmat..

Sejak aku bergelar cekgu nie, time yang paling best utk tido ialah pada hari Jumaat, lepas balik sekolah.. kira-kira dalam kol 12.30 gitu.. Balik sekolah, tukar baju then debuuushhhhh... tido!! Lagi syok kalo hari tu hujan... nikmat yang amat.... ihikss..!

Actually sejak naik cuti ni aku tak berapa nyenyak tido malam.. tatau lah nape.. mungkin banyak pikir kot.. tapi Alhamdulillah, dah berasur baik dah..


KEMAS RUMAH

Plan hujung minggu nie aku tak rasa macam aku nak balik Putrajaya/PJ. Paling jauh pon mungkin aku akan pi PD jer, lepak umah Kak Mekna / Kak Elly. Tapi sebelum aku pi memana, aku nak mengemas umah dulu. Al-maklum lah masa cuti sekolah ari tu 2 minggu tinggalkan umah.. berabuk abes... Sebenarnye dah kemas dah sesikit.. tapi cam tak puas ati jek.. esok nak all out kemas rumah! Herghh.. sib baik umah sekangkang kera jer.. Aku nak buat checklist sket ape yang aku akan buat sepanjang hujung minggu nie..

1. menyapu (ruang tamu, dapur, bilik)
2. mengemop (ruang tamu, dapur, bilik)
3. basuh cover cushion yang lama (ehemm..dah tukar cover cushion baru sebenarnye!)
4. basuh dan tukar cadar bilik tidur..
5. basuh bilik air dan tandas
6. gosok baju (stok seminggu)


KERJA SEKOLAH

Aku ada bawak balik keje skolah sket, bagi persiapan mengajar minggu depan. Skarang ni aku agak teruja nak buat banyak-banyak BBM sebab aku cukup seronok bila tengok anak-anak murid aku yang dah mula menunjukkan minat belajar. Tersentuh hati bila murid yang dulunya sehingga ke darjah 2 tak dapat kenal ABC, skarang dah mula pandai mengeja 'ba', 'ca'. Alhamdulillah, semoga Allah terangkan hati mereka agar senang menerima ilmu.. Semoga Allah juga terangkan hatiku untuk terus sabar dan ikhlas dalam mendidik mereka..

Check list sket ape yang aku nak buat..

1. flash card transportation (photo & label)
2. kad bacaan KV
3. projek 'rumah saya' (warna, gunting & tampal)
4. tulis buku rekod pencapaian murid

InsyaAllah, moga-moga apa yang aku plan ni akan berjalan lancar.. cewwahh..!~

No comments:

Post a Comment