Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Friday, June 25, 2010

Tidur yang nikmat..

Sejak aku bergelar cekgu nie, time yang paling best utk tido ialah pada hari Jumaat, lepas balik sekolah.. kira-kira dalam kol 12.30 gitu.. Balik sekolah, tukar baju then debuuushhhhh... tido!! Lagi syok kalo hari tu hujan... nikmat yang amat.... ihikss..!

Actually sejak naik cuti ni aku tak berapa nyenyak tido malam.. tatau lah nape.. mungkin banyak pikir kot.. tapi Alhamdulillah, dah berasur baik dah..


KEMAS RUMAH

Plan hujung minggu nie aku tak rasa macam aku nak balik Putrajaya/PJ. Paling jauh pon mungkin aku akan pi PD jer, lepak umah Kak Mekna / Kak Elly. Tapi sebelum aku pi memana, aku nak mengemas umah dulu. Al-maklum lah masa cuti sekolah ari tu 2 minggu tinggalkan umah.. berabuk abes... Sebenarnye dah kemas dah sesikit.. tapi cam tak puas ati jek.. esok nak all out kemas rumah! Herghh.. sib baik umah sekangkang kera jer.. Aku nak buat checklist sket ape yang aku akan buat sepanjang hujung minggu nie..

1. menyapu (ruang tamu, dapur, bilik)
2. mengemop (ruang tamu, dapur, bilik)
3. basuh cover cushion yang lama (ehemm..dah tukar cover cushion baru sebenarnye!)
4. basuh dan tukar cadar bilik tidur..
5. basuh bilik air dan tandas
6. gosok baju (stok seminggu)


KERJA SEKOLAH

Aku ada bawak balik keje skolah sket, bagi persiapan mengajar minggu depan. Skarang ni aku agak teruja nak buat banyak-banyak BBM sebab aku cukup seronok bila tengok anak-anak murid aku yang dah mula menunjukkan minat belajar. Tersentuh hati bila murid yang dulunya sehingga ke darjah 2 tak dapat kenal ABC, skarang dah mula pandai mengeja 'ba', 'ca'. Alhamdulillah, semoga Allah terangkan hati mereka agar senang menerima ilmu.. Semoga Allah juga terangkan hatiku untuk terus sabar dan ikhlas dalam mendidik mereka..

Check list sket ape yang aku nak buat..

1. flash card transportation (photo & label)
2. kad bacaan KV
3. projek 'rumah saya' (warna, gunting & tampal)
4. tulis buku rekod pencapaian murid

InsyaAllah, moga-moga apa yang aku plan ni akan berjalan lancar.. cewwahh..!~

Friday, October 9, 2009

New Template!

Yeahhhaaa.. akhirnya aku berjaya tukar skin blog BlurredRealities ni. Bukannye susah nak tukar skin ni, yang susahnye aku mencari-cari skin yang berkenan di hati.. nak buat sendiri, al-maklum je lah..sebok (konon?).. hahaha

Skarang nie aku tengah melalui hari-hari terakhir sebagai guru pelatih kpli kat ippm nie.. dah di hujung-hujung nie banyak pula aktiviti... ingatkan dah boleh focus study untuk final.. rupenye tidakk..

Hari selasa lepas aku bersama-sama bebudak PK1 & PK2 pegi ke zoo melaka & pantai puteri untuk aktiviti terapi kuda & terapi pasir.. yelah, sebelum bawak murid-murid jalankan aktiviti terapi ni, cekgu pon kena la tau serba sedikit perihal terapi ni.. tak ler terkulat-kulat bile masuk sekolah nanti.. SERONOK! itulah perasaan yang dapat aku gambarkan.. First time tu aku naik kuda.. [cuak jugak coz aku takut berat badan aku tak dapat ditampung oleh kuda] *sigh*


first time gue naik kuda beb!


geng duyung's


PK1 family


terapi pasir laks

Hari rabu laks kitorang [family PK1] wat pot-luck jamuan raye.. thanks to ema yang sudi menerima kami buat kecoh kat umahnye..


me - mazz - atun - kak liza


aktiviti memotong buah


...geng duyung's again...

Hari khamis ada jamuan raya untuk semua warga IPPM...tak sempat nak snap gamba banyak-banyak coz dok kat hall jer.. kuar-kuar je, seme pakat dok kalut cari makanan..