Showing posts with label celoteh. Show all posts
Showing posts with label celoteh. Show all posts

Sunday, June 27, 2010

Puding Roti

Yeah yeah segala keje umah ku dah siap.. umah dah bersih, baju dah gosok, errr.. keje skolah ada lagi yang tak siap.. keje-keje tu sampai bile pon tak abis.. haha so buat buat & buat je laa...

Semalam aku buat Puding Roti, amik resipi dari sini dan sini. Heh menjadi beb! Sedap hingga menjilat jari, you..! ahakss.. Dah lama sebenarnye aku teringin nak buat puding roti ni.. Al-maklum ler, aku ni kalo beli roti selalu la expired.. last-last buang jer.. membazir la kan.. Tapi, roti wajib ada kat umah aku nie! hekss biasalah hidup bujang, nak masak nasi tetiap ari tu rase cam tak berbaloi.. so roti la sebagai gantinya..



Ni Resipinya:

Bahan :
  • 1 peket agar - agar (aku guna agar-agar serbuk)
  • 6 cawan air (ikut sukatan plastik agar-agar tu)
  • gula - ikut manis (dalam 1 cawan kot)
  • 1 tin susu cair
  • 6 keping roti - aku guna kulit roti sekali
  • 1 biji telur
  • 3 jenis pewarna (merah, kuning & hijau)
  • 1 sudu teh esen vanila (aku lupa nak bubuh, hikss...)
Cara membuatnya :
  1. Roti, susu cair dan telur disatukan, apabila roti kembang, blender hingga halus.
  2. Masak agar-agar dengan air, sampai larut.
  3. Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan.
  4. Bahagikan ke 3 bahagian dan masukkan warna tiap2 bahagian tu. Kacau rata.
  5. Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.
  6. Sejukkan didalam peti sebelum dipotong.


Friday, June 25, 2010

Tidur yang nikmat..

Sejak aku bergelar cekgu nie, time yang paling best utk tido ialah pada hari Jumaat, lepas balik sekolah.. kira-kira dalam kol 12.30 gitu.. Balik sekolah, tukar baju then debuuushhhhh... tido!! Lagi syok kalo hari tu hujan... nikmat yang amat.... ihikss..!

Actually sejak naik cuti ni aku tak berapa nyenyak tido malam.. tatau lah nape.. mungkin banyak pikir kot.. tapi Alhamdulillah, dah berasur baik dah..


KEMAS RUMAH

Plan hujung minggu nie aku tak rasa macam aku nak balik Putrajaya/PJ. Paling jauh pon mungkin aku akan pi PD jer, lepak umah Kak Mekna / Kak Elly. Tapi sebelum aku pi memana, aku nak mengemas umah dulu. Al-maklum lah masa cuti sekolah ari tu 2 minggu tinggalkan umah.. berabuk abes... Sebenarnye dah kemas dah sesikit.. tapi cam tak puas ati jek.. esok nak all out kemas rumah! Herghh.. sib baik umah sekangkang kera jer.. Aku nak buat checklist sket ape yang aku akan buat sepanjang hujung minggu nie..

1. menyapu (ruang tamu, dapur, bilik)
2. mengemop (ruang tamu, dapur, bilik)
3. basuh cover cushion yang lama (ehemm..dah tukar cover cushion baru sebenarnye!)
4. basuh dan tukar cadar bilik tidur..
5. basuh bilik air dan tandas
6. gosok baju (stok seminggu)


KERJA SEKOLAH

Aku ada bawak balik keje skolah sket, bagi persiapan mengajar minggu depan. Skarang ni aku agak teruja nak buat banyak-banyak BBM sebab aku cukup seronok bila tengok anak-anak murid aku yang dah mula menunjukkan minat belajar. Tersentuh hati bila murid yang dulunya sehingga ke darjah 2 tak dapat kenal ABC, skarang dah mula pandai mengeja 'ba', 'ca'. Alhamdulillah, semoga Allah terangkan hati mereka agar senang menerima ilmu.. Semoga Allah juga terangkan hatiku untuk terus sabar dan ikhlas dalam mendidik mereka..

Check list sket ape yang aku nak buat..

1. flash card transportation (photo & label)
2. kad bacaan KV
3. projek 'rumah saya' (warna, gunting & tampal)
4. tulis buku rekod pencapaian murid

InsyaAllah, moga-moga apa yang aku plan ni akan berjalan lancar.. cewwahh..!~

Saturday, January 2, 2010

Tahun Baru, Tanggungjawab Baru...

Alhamdulillah, segala teka teki sudah terjawab. Aku bakal memulakan tugas baru sebagai seorang guru di Sek Keb Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka.. Maka hari isnin nie, (4hb Januari 2010) bakal bermulalah secara rasmi aku bergelar GURU. Bakal bermulalah episod baru perjalanan hidupku dengan menggalas satu tanggungjawab baru..

Hari khamis (31st Dec), aku dah pi amik surat kat JPN skali ngan Lin & Ema..then aku terus pi lapor diri kat sekolah. Alhamdulillah, GB terima aku dengan baik. Memula tuh dia nak kasi ngajar kelas Pemulihan, sbb katanya dia kekurangan guru pemulihan. Aku terangkan la kat dia..aku belajar PK, tatau ape pasal PL.. GB kata takpe, itu la namanya jadi cikgu.. kena ikut keperluan sekolah.. adoiiii dah rase cam cuak laa... then GB call Jabatan Pendidikan Khas kat JPN, cakap nak letakkan aku utk kelas pemulihan, tapi org JPN cakap aku mmg utk PK, cikgu PL yang lain akan dihantar ke sekolah tu..Alhamdulillah, lega aku..

Sek ni belum ada PK, so murid pon tadek lagi.. hmm banyak keje jugak nanti..tapi PK melaka ni bagus, utk sekolah yang nak buka program baru, dia hantar 2 orang guru, sorang guru fresh cam aku dan sorang lagi guru yang berpengalaman..lega laa.. disebabkan kelas belum ada, aku kena ubahsuai kuaters guru yang lama utk dijadikan kelas PPKI.. abang aku kata dia tengok kat 'kelas' aku tu banyak kerusi meja terpakai.. masak le ko kena ngemas nnt... then dia kata kat belakang kelas ada tanah, so ko bleh la berkebun.. waaa i likeee.. aku sendiri tak sempat pon nak survey sekolah tu lagi.. nnt hari senin ni lah..ehehehk...

Nak kata jauh..tadek la jauh sangat..sekolah aku tu dekat ngan pantai.. ihikkss..dekat ngan Akademi Laut Malaysia (ALAM), tempat aku ngan PD dalam setengah jam je! dah sempadan ngan N9..paling best aku bleh melepak PD request kak elly masak macam macam untuk aku di hujung minggu.. hoyeahhhh... anak2 duyung yang lain jangan jeles ye.. Untuk sementara dapat umah sewa, aku akan stay umah Kak Mekna dulu kat PD....

Saturday, December 5, 2009

Kebosanan..

Wahh.. dah lama rupenye aku tak menulis kat blog ni. Banyak cite nak tulis, tapi mood nak menulis tu tadak! Rase macam tadek idea je nak mengarang..

Alhamdulillah, Exam KISSM dah berakhir 25hb Nov lalu. Taklimat penempatan pon aku dah hadiri (note: mamat yang bagi presentation tu poyo nak mampus!). Malas lah nak elaborate lelebih pasal taklimat tu, buat sakitkan hati jek. Surat lantikan dah diterima. Cuma persoalannya skarang, POSTING! Bile la bleh tahu posting nie... huuhuhu

Aidiladha 2009
Perjalanan pulang ke kampung halaman bersama Roky dan adiknya agak membosankan disebabkan kesesakan jalan raya yang agak teruk dan keadaan fizikal jalan raya yang berlubang-lubang. Namun cuaca amat baik pada hari itu (hari-hari sebelumnya hujan yang amat lebat tanpa henti) mengiringi perjalanan kami. Alhamdulillah, selamat sampai ke kampung halaman dikala senja. Penat yang amats, malam tu aku tidur je laa..

Sambutan Aidiladha tahun ni macam biasa... seperti tahun2 lalu jugak. Semua adik beradik berkumpul, kecuali si bongsu la masih dok beraya di perantauan.. Aktiviti mengorbankan lembu pon berjalan lancar, sebelum semayang Jumaat dah settle! Aku apa lagi.. dorang gi semayang Jumaat aku tido laa.. ehheheh (alasan: cover penat drive smalamnye) :P

BOSAN
Selama aku keje (2thn kat Adrenalin, dekat 3 tahun kat BUTL) aku mana penah dapat cuti panjang. Paling lama pon 4-5 hari je. Skarang, cuti yang panjang membuatkan aku rimas! BOSAN! Dah tak tahu nak buat ape dah. Sampaikan tido pon aku rase bosan! Adooii.. tak tau laa ape aku nak buat sementara tunggu keputusan posting keluar. Aku nak sangat tahu TEMPAT dan TARIKH LAPOR DIRI, so senang sket nak buat perancangan seterusnya. Aku tak suke keje-keje last minute nie. Nanti semenye kalut.

Nak tau ape aktiviti aku mase cuti ni? Tengok TV? Nak tengok tv pon tadek cite best lagipon malas nak berebut ngan anak buah aku dok main PS2 je. Tido? Memang aku layan tido gaks laa, malam tido awal, pagi plak lepas smayang subuh aku sambung tido balik... syiok wooo.. dah tu bangun tido, makan... pastu kalo ngantuk aku sambung tido lagiks.. kalo tak aku online je laa.. layan facebook.. jenguk-jenguk blog orang dan main game.. uhuhu bosan nye kehidupanku sekarang... Nak kuar gi jenjalan tadek geng, lagikpon asyik ujan je.. nak pegi cuti-cuti malaysia...ongkoss nya plak takde.. so cemana??

Friday, November 20, 2009

Susah hati KE?

20 Nov 2009... masih lagi mengikuti KISSM. Agak terseksa apabila Dewan Tun Fatimah digunakan untuk mesyuarat staff IPG, jadi kami terpaksa berkursus di BISA (Balai Islam Saidatina Aisyah). Kenapa terseksa? Sebabnya suasana yang tidak kondusif, agak panas dan terpaksa bersila. Untuk orang yang berbadan comey seperti aku pastinya rasa terseksa. Lenguh kaki, paha, pinggang seme ada. Nasib baik slot pagi berjaya disampaikan dengan berkesan (maksudnye speaker tak membosankan lah...). Walaupun ade la skali dua aku termengantuk, tapi dapat kontrol la..

Aku perasan 2-3 hari ni selera makan aku seakan bertambah. Asyik terasa lapar je.. pagi tadi makan bihun ntah brapa round.. balik lunch makan nasik.. petang tu dalam kol 6.30 aku makan lagi.. adooi... tetiba Kak Elly plak yang kontrol makan. Aku ajak makan nasi petang tadi dia taknak beb.. huagghhh... boleh dia kata kat aku.. makan laa.. (sebenarnye dia suka kalo aku makan banyak... aku pon suke kalo time dia makan banyak!! hahaha)

Kak Elly kata, "kan Kak Elly slalu kata, sesetengah orang kalo susah hati memang kuat makan.."
Then aku tanye la dia balik, "Kak Elly nampak saya macam susah hati ke?"
Kak Elly jawab, "Kak Elly tahu, Aiman tengah susah hati.. biasalah tu, setiap orang mesti ada masalah mereka sendiri.."

Hehe.. ye ke aku tengah SUSAH HATI? hmm.. ntah laa, yang pasti hari ni aku makan dengan penuh berselera. Nak kata susah hati, memang laa.. hati ni dok dup dap dup dap teringatkan pasal posting. Ye ke? Mungkin ada juga masalah lain yang membelenggu, tapi buat masa skarang nie..aku cuba taknak beratkan kepala aku dengan segala macam masalah. Bukan maksudnya aku nak lari dari masalah, tapi aku cuba taknak fikirkan sangat.....

Hari ini aku menduganya...aku senang sekali dengan jawapannya. Thank you.. :-)

Thursday, November 12, 2009

Pisau Cukur..!



Semalam keluar bersoSiaL dengan kembar ku, Maznah kat MBO Melaka Mall, tengok Pisau Cukur. Heh, lama gile aku tak layan movie kat cinema nih.. Dah setahun lebih dah rasenye aku tak masuk panggung! Jakun laks rasenye.. ahahha. Best jugak cite tu, jalan cerita yang menarik..tak membosankan..yang penting aku enjoy laa.. ihihiks..! (sorry ye, gue tak reti nak tulis review filem... kalo nak tahu, kena pi tengok sendirik!)

Malam tadi, setelah berbicara dengannya..aku berasa sangat tenang. Pada mulanya memang aku tak dapat menahan emosi, asal nak bercakap je mesti nangis! Hadoiii.. I'm so SENSITIVE! I'm so EMOTIONAL! Cemana la aku nak atasi kelemahan aku tu.. Tapi Alhamdulillah, aku rasa release sangat lepas bercakap dengannya. Terungkai sedikit rasenya kemelut di hati ini. Semoga perjalanan ini dipermudahkanNya..

Baru je aku nak lelapkan mata, dapat sms dari seseorang yang dah lama menghilang. Dia menghilang sebab marahkan aku. Dia menjauh sebab kecewa dengan aku. Namun, selama ini sedikit pun aku tak pernah lupakannya. Ingatanku padanya tak pernah luput. Banyak kali jugak aku cuba hubunginya, tapi hampa.. sms aku tak pernah dibalas, call aku tak pernah dijawab... Marah sungguh dia padaku.. Namun semalam, sms darinya sungguh mengejutkan aku. Aku sungguh mengharapkan agar hubungan kita kembali terjalin seperti dulu. Aku juga rindu kamu!

Thursday, November 5, 2009

...hampir ke penghujung...

Alhamdulillah, perjalanan hidup bergelar guru pelatih KPLI sudah hampir ke penghujung. No more classes, no more assignments, no more exams! Final exam dah abis petang tadi. Tapi tak rase macam merdeka pon...mungkin sebab kami langsung tak diberi rehat kot..esok terus start Kursus Induksi plak... huhu

2 Nov
Hi Tea KPLI Jan 2009 kat Emperror Hotel, Melaka. Heh sebab dah kesuntukan masa, terpaksa buat jugak..walaupon dok kalut ngan exam.. Overall, the event was just OK la.. tapi aku dorang (urusetia) buat persediaan cam ala kadar je.. janji event ni buat.. hmm.. banyak lagi kena improve! Hahah aku cakap sedap la kan, mulut aku..sukeati aku ler! :P

Paling best lecturer yang paling sempoi si misai tebal cekgu Mad Isa join dok semeja ngan kitorang. Havoc la..Kak Elly tukang melayan..menjadi-jadi ler.. kalo aku, tak terlayan beb! Pas makan buat ape lagi.. dok bergambar ngan kengkawan, ngan lecturer seme.. Tapi tak ramai pon lecturer PK yang datang... seingat aku hanya cikgu Azman, cikgu Israfi, cikgu Mustafa Jantan, cikgu Mad Isa & Puan Raden.. Mentor kitorang pon takde.. hmm..depa busy kots.. tak kesah la.. tapi hari tu banyak gak la adegan-adegan lucu yang buat aku senak perut dok gelakkkk je...

adegan di tempat letak kereta:
suasana angin kencang (hari nak hujan)
sambil terteleng-teleng kepala, muka penuh kecuakan..
"ehhhh... mana tudung aii....?? tudung ai terbang!!"
(dia ingat tudung dia dah terbang daa...)
Pakistan jaga parking pon gelak sama!

adegan di dalam ballroom
"man, mana meja ko?"

"alamak, saya tertukar meja la beb! saye tersilap nak dok kat meja sebelah la.."

"cantik jugak ko ni man ye!" hahahahha

"laki mana taknak kawin dua beb! kalo ada peluang saya pon nak!!"

"awak dah beli ke beg besar..?"
"beg besar...nak watpe cikgu?"

"posting kat sabah.. sleeping bag dah ade..? khemah kena beli tu.."
"hahhahahah...."


"cikgu..saya nak amik balik folio praktikum boleh tak..?"

"ha.. nanti awak boleh amik balik folio awak kat bilik atas ye!"

"kat bilik atas ke...kat atas pigeon hole, cikgu..?"

"errr....hahahahaha....."

"macam nenek kebayan..."

memang aku banyak gelak laa hari tu.. macam-macam kerenah dorang nie..


The Duyung's & The Glamers


Us wif En Azman & En Israfi


Us wif En Mus J & En Mad Isa

with my twin, Mazz & Pn Raden

3 Nov
Exam paper IP. Nak kata senang, mau pecah jugak kepala dibuatnye. Aku jawab je ape yang aku tau. Yang aku tatau aku tembak. Yang aku tau sesikit aku goreng ler.. hahah tak tau le ape nak jadi.. yang pasti aku berpegang pada kata-kata lecturer.. awak tulis je la ape pon.. janji jangan hantar kertas kosong! ihiikks..

4 Nov
Hari ni paper PK Kertas 1. Ermm boleh tahan laa.. sib baik kuar jugak soalan-soalan spot. Memang dah standby pon..tapi.... dalam dok standby aku dah salah soalan kat eseii.. salah bagi jawapan daaa... terbang dah 15marks! hadoiii...

5Nov
Last paper. PK Kertas 2. Demi menebus kekecewaan atas kecuaian dan kelalaian pada jawapan semalam, (konon..!) paper hari nie aku jawab dengan penuh berhati-hati. Takut tersilap lagi macam semalam.. tapi aku main bantai jugak je hari nie.. btol ke idak, tak tahu la aku.. dalam setengah jam lagi nak abis masa, kepala rase cam dah berat, mata nak berpinar.. malas nak pikir panjang, terus aku bangun, kuar dewan... rest dalam kete (sesambil nunggu ahli-ahli duyung's keluar..)

Balik rumah terus bantai makan nasik.. semua lapar beb! hahah 3 jam dalam dewan exam mau nye tak berasap kepala.. 3 hari berturut-turut lak tuh! ape pon, exam dah lepas.. tunggu keputusannya la plaks.. tawakkal padaMu, Ya Allah...

Tuesday, October 27, 2009

Exam oh exam...

Tinggal 5 hari je lagi Final exam akan menjelma. Hergh aku tatau ape yang aku dah baca, ape yang harus aku baca dan ape ape ape.. Aku macam tatau ape-ape plaks.. Adooi laa.. Dah lama sangat aku tinggalkan alam belajar nie.. Mase zaman dok MMU dulu aku bukannye suke study sangat. Time tuh course yang aku amik mostly 70% on project basis; 30% final. Tade la teruk sangat nak kena study kan..

Skarang nie pon tade la banyak mana pon nak kena study, actually 2 subject je pon (Ilmu Pendidikan & Pendidikan Khas). Tapi rase macam punya lah banyak nak kena study especially PK lah.. alamakk haaiii... banyak btol nak kena cover beb!

Aku yang bukan jenis kaki study ni punyelah liat woooo nak start study. Tak tau nak mula dari mana. Baca IP kang dok teringat PK tak sentuh lagi, kalo bace PK..kelam kabut lak dok teringat kat IP. Adooii.. Takut aku tengok ngan budak2 Glamers yang memang study MAUT! Geng Duyung's yang paling malas study aku ler! Asal nak baca buku je aku layan FB... ahaahha. Bila dah tutup laptop, aku study atas dalam bilik ler.. Perghh masyuk jugak study dalam bilik, bace tak sampai 2 helai aku dah lena diulit mimpi.. Roky la yang selalunye akan tutup lampu bilik.. huaghhh tido lagi best dari study rupenye.. ihikss..

Wednesday, October 21, 2009

Happy Birthday, Roky!



Hari ni birthday Roky aka MekYash aka Ustakjah. Tepat jam 12 kami (aku, Kak Liza & Kak Elly) celebrate birthday dia. Mase tuh dia tengah dok bergayut ngan Abe Ley dio, kami semua tutup seme lampu.. gelap gelita jadinya.. dia ingatkan seme dah tido, tapi dia heran laa.. ngape aku tak masuk bilik, takkan aku nak tido kat luar kan..dan biasanye time nak tido, lampu dapo mesti bukak, kenapa tutup plaks.. Dengan kehairanan (sambil bergayut) dia kuar bilik.. dan kami pon nyanyi la lagu Happy Birthday. Seperti yang dijangka dia menangis beb! Sampai aku pon rase sebak. Siap kena amik sapu tangan tuu wat lap air mata..Ihikss..

Selamat Hari Lahir, Roky.. semoga dipanjangkan usia, murah rezeki & beroleh kebahagiaan yang berpanjangan.. Harapan kami (Duyung's) semoga ikatan ukhuwah yang erat antara kita akan terus berkekalan selamanya. InsyaAllah..

Terapi Seni

Alhamdulillah, temuduga SPP berjalan lancar. LEGA. Sekurang-kurangnya lidahku tidak kelu semasa menjawab. Betul atau salah belakang kira, yang penting aku cakap apa yang aku tahu. Hikss.. Tawakkal saja padaNya. Semoga aku dan kawan-kawan semua lulus. InsyaAllah.

So, skarang ni aku kena fokus pada final exam (3-5 Nov) plaks. Pengakuan jujur- sehingga saat ini aku masih blom mula study. Adoi..mood tu blom ada lagiks. Cemana ye? Ape pun kena siapkan dulu tugasan En Israfi dan Mr Yeow. Assignment PSP Pn Ngau ada nak kena btolkan sket. Aku akan cuba siapkan semua tugasan tersebut by this week. Next week aku nak mula FOKUS untuk final. Lama dah tak study maut nih!..

Hari ni, sebagai KS PK (Pendidikan Jasmani & Suaian) aku handle Terapi Seni untuk kelas PK1 & PK2. Thanks a lot to all my housemates for the support. Love you all, sis! Alhamdulillah, sesi terapi tersebut berjalan lancar. Namun ada juga aku dengar orang sok sek sok sek kat belakang tak puas hati ngan pengurusan aku. Ikutkan hati nak je aku cili mulut tuh. Langsung tak bersyukur dengan apa yang orang dah buat. Lain kali kalo tak puas hati, cakap depan-depan laa... macam ni ke nak jadi cikgu ha?? Menyampah aku dengan manusia-manusia macam nie. Depan kita kemain manis, tapi kat belakang mulut macam hamis dok mengutuk mengata. HUH!! Masa akhir sesi tu ada gak aku sound se-das dua, tapi tak tau le manusia macam tuh reti terasa ke tak!

Ayways, thanks a lot to Puan Norliyan yang sudi meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dengan kami. Selama ni aku tak suka dengan Pendidikan Seni. Tapi, skarang..aku bersedia untuk mengajar Seni. Sebenarnya Seni tak susah kalo kita tahu teknik yang betul. InsyaAllah, apa yang aku pelajari tadi akan cuba aku praktikkan di sekolah nanti.



Note : more photos in facebook..

Thursday, October 15, 2009

Aku belum bersedia...

Pada 20hb Oktober nanti ada temuduga SPP. Temuduga ini adalah wajib untuk semua guru dan bakal guru. Ini adalah untuk perjawatan & pelantikan sebagai GURU. Kalau gagal dalam temuduga ni, mungkin penempatan lambat atau pengesahan jawatan akan lewat. Bersediakah aku? BELUM!

Memang aku belum bersedia sepenuhnya untuk menghadapi temuduga tu nanti. Banyak tips-tips temuduga yang para pensyarah bagi untuk persediaan kami. Kawan-kawan aku Nickna, Kak Ray, Kak Mekna, Zayana dan Abg Chik ada bagitau suruh baca itu ini. Kebanyakannya sama je apa yang dorang bagitau. Yang penting komunikasi kena lancar, dan butir bicaranya mestilah kena dengan fakta. Then kalo nak goreng, goreng je laa... janji sodap!

Aku dah mula baca sesikit, tapi tak sepenuhnya lagi. Takut jugak tengok bebudak Glemers dok study..memang spesis study maut punya. Kalo bebudak Duyung's nie Kak Liza ngan Roky la banyak study. Kak Elly pon study gaks, tapi asyik ingat nak balik PD je! Hahah Aku? Ntah laa..dah lama meninggalkan alam study ni, rase macam malas sangat nak study. Kalo baca buku, konfem aku TIDO! Kalo study ngan laptop (online notes) tangan ni banyak klik kat Fesbuk pulak! Hadooii...abis cemana nak study nie..

Risau..memang aku risau. Tapi semangat nak study tu takde. Bercakap pasal semangat, sebenarnye semangat aku dah lama hilang. Hanya jasad saja ada kat sini. Aku cekalkan hati ni untuk terus kuat dalam menghadapi kemelut ni. Tapi sesekali air mata ni tak mampu dibendung. Seboleh mungkin aku cuba untuk tidak terus bermain dengan emosi. Aku tak nak kawan-kawan aku susah hati bila dorang tengok aku sedih. Aku tak nak bebankan mereka dengan masalah aku.. walau hati ini sering menangis!

Tuesday, October 13, 2009

Burrppp...!

hari ni seme kelas cancel
aku plan nak tido lama, tapi pas smayang subuh perut buat hal
pas siap berjumpe MrTan*as, mata dah takleh nak lelap
aku buka laptop
kengkonon nak study
tp layan fesbuk... hampeh!
bace online newspaper (nak interview baru terhegeh2 nak baca isu terkini)

pastuh ibu-ibu ke pasar beli lauk
aku kat umah ngan sorang lagi bakal ibu
siapkan rencah-rencah masak
bila ibu ibu dah pulang, kami memasak..
pastu ape lagii... makan laaa.........
menu kampung yang sungguh menyelerakan

kari ayam
ikan cencaru bakar (sumbat cili)
sambal bilis
ulam ulaman segar
budu
sambal belacan

burppp... alhamdulillah...
rehat sebentar
bersiap untuk ke maktab (malasnyeh!)
ade latihan kawad sempena hari tamat gerko senin ni
balik karang ibu laily nak buat roti jala
makan lagi..
ok ok ok
aku kena stop

jumpe lagi

Jogging

Petang tadi GengDuyung's pegi jogging lagik kat Stadium Tun Fatimah. Yelah, skarang nie class dah tak banyak, so petang-petang boleh beriadah laa. Oklah jogging 1 round (sesambil berjalan memetik pucuk gajus..ihikss). Then kitorang join buat aerobik kat situ. Rupenye ada 2 team aerobik ada kat situ. Satu kat belah depan then satu lagi kat sebelah stadium hoki. Syok jugak layan aerobik ni..segar je badan bile dah berpeluh nie..



Esok mau jogging lagi?
Lepas kawad kite aerobik kat rumahlah..
Best jugak.. kite poco-poco skali....ihiksss...

Saturday, October 10, 2009

Kisah tudung

Sebelum ni aku dok tengok je orang pakai tudung Ekin laa.. tudung Ariani laa.. alaa jenis tudung yang tangkap muat tuh.. dulu nama glemers tudung tu tudung bibik! ye lah, biasa minah-minah Indon je yang pakai tudung tu... tengok orang pakai..cantik je.. macam-macam pesen ada! Aku cube la jugak try tudung-tudung mak & SIL aku.. rase cam tak shesyyuuuaaiii jek!

Kat maktab ramai je yang pakai tudung camnih...cantik je aku tengok dorang pakai.. Sesuai je ngan muka dorang.. Aku? Aku tengok je laa.. [sambil berangan bila la aku nak kurus, aku pon teringin gaks nak gayakan tudung mengikut peredaran zaman nie..]

LynnBUTL penah bagi 2 helai tudung ala-ala bibik tu kasik aku sbg ole-ole dari Bandung.. Bila aku try pakai tudung tu, tetiba jek rase mukaku yang bulat comei ni berganda-ganda lagi kebulatannye.. Sudahnye aku bagi selai kat SIL Saa dan selai lagi kat SIL Ziera. Bagi aku, tudung-tudung camtuh hanya sesuai utk orang-orang yang kurus, muka jenis panjang jek! Muka bulat tebal cam aku ni memang la tak sesuaii..

Ada sekali tuh mase camping PPIM kat Sedeli, aku kena conduct kawad kaki.. atas alasan ape, aku dah lupe.. dorang tak kasi aku pakai tudung biasa.. dorang seme suh aku pakai tudung camtuh untuk kawad.. dengan jayanya si farahPK2 pinjamkan aku tudung dia.. dorang seme cakap ok je, takde pon nampak bulat sangat...tapi... Ya Rabbi.. bile tengok gambar, muke aku rase cam bola! tak caye? tengok nih!!..


herrghh...aku kah ini..?

Al-kisahnye sebelum pose lagiks my besfren Nickna dok sebok promote bisnes tudung dia kat aku.. memula aku buat derkk je, tak caya eh aku.. dok tunggu jugak dia email, haram.. pastuh janji nak webcam ngan aku.. Tunggu punye tunggu takde pon...! [marah nih!] Then mase balik cuti awal pose tuh.. ingatkan dia nak datang tunjuk kat aku tudung tu...diam jugak membisu, rupenye time tuh dia dok menderita kena gastrik! hahaha [ayat setan - macam tak penah pose!]

Dipendekkan cite, sehari sebelom raye.. dah calling-calling, dengan gaya seorang usahawan.. dia datang mai umah aku.. ha kooo.. berpuluh-puluh lai tudung dia bawak, suruh matchkan ngan baju raye aku.. pilih punye pilih...testing punye testing punye testing [aku risau takut tak sesuai ngan muka aku ok!] aku amik 2, mak amik satu, SIL Saa amik satu..

Untuk pertama kalinye...aku pakai tudung-tudung itu masa raye. Senang sungguh untuk memakainya.. eheehkss... dan tudung itu juga aku pakai mase sambutan raya kat maktab khamis lepas..1st time aku pakai pi maktab.. ramai gak yang puji cakap aku cun!! [perasan japs!] persoalannye.. sesuai KE?




Tudung yang cekelat tu aku memang pakai kemana-mana saja.. sangat senang match ngan t-shirt & blause aku! dok belek-belek gambo, tak amik plak gamba masa aku pakai tudung cekelat tu.. ade sekeping je.. ni pon gambo mase kuar dinner ngan Apis & Sudin mase convo Sudin & Bdy last week..


Friday, October 9, 2009

New Template!

Yeahhhaaa.. akhirnya aku berjaya tukar skin blog BlurredRealities ni. Bukannye susah nak tukar skin ni, yang susahnye aku mencari-cari skin yang berkenan di hati.. nak buat sendiri, al-maklum je lah..sebok (konon?).. hahaha

Skarang nie aku tengah melalui hari-hari terakhir sebagai guru pelatih kpli kat ippm nie.. dah di hujung-hujung nie banyak pula aktiviti... ingatkan dah boleh focus study untuk final.. rupenye tidakk..

Hari selasa lepas aku bersama-sama bebudak PK1 & PK2 pegi ke zoo melaka & pantai puteri untuk aktiviti terapi kuda & terapi pasir.. yelah, sebelum bawak murid-murid jalankan aktiviti terapi ni, cekgu pon kena la tau serba sedikit perihal terapi ni.. tak ler terkulat-kulat bile masuk sekolah nanti.. SERONOK! itulah perasaan yang dapat aku gambarkan.. First time tu aku naik kuda.. [cuak jugak coz aku takut berat badan aku tak dapat ditampung oleh kuda] *sigh*


first time gue naik kuda beb!


geng duyung's


PK1 family


terapi pasir laks

Hari rabu laks kitorang [family PK1] wat pot-luck jamuan raye.. thanks to ema yang sudi menerima kami buat kecoh kat umahnye..


me - mazz - atun - kak liza


aktiviti memotong buah


...geng duyung's again...

Hari khamis ada jamuan raya untuk semua warga IPPM...tak sempat nak snap gamba banyak-banyak coz dok kat hall jer.. kuar-kuar je, seme pakat dok kalut cari makanan..

Saturday, July 25, 2009

menulis kembali...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebenarnya aku tak tahu kenapa aku tulis blog. Sebelum ni aku pernah menulis 2-3 blog, tapi semuanya dah terkubur. Bila baca blog orang lain, rase begitu berkobar-kobar nak menulis, tapi bila dah ada blog sendiri...aku tak tahu apa nak tulis. Selalu macam tuh. Mungkin aku ni jenis yang tak pandai nak bercerita dan berceloteh kot... tp tak tau lah nape aku rase nak bukak blog baru lagi. Haha blog aku, suka hati aku lah yek! Harapnye kali ni penulisan aku berterusan lah..

the latest of me


i luv this pic! awan yang cantik