Showing posts with label posting. Show all posts
Showing posts with label posting. Show all posts

Saturday, January 2, 2010

Tahun Baru, Tanggungjawab Baru...

Alhamdulillah, segala teka teki sudah terjawab. Aku bakal memulakan tugas baru sebagai seorang guru di Sek Keb Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka.. Maka hari isnin nie, (4hb Januari 2010) bakal bermulalah secara rasmi aku bergelar GURU. Bakal bermulalah episod baru perjalanan hidupku dengan menggalas satu tanggungjawab baru..

Hari khamis (31st Dec), aku dah pi amik surat kat JPN skali ngan Lin & Ema..then aku terus pi lapor diri kat sekolah. Alhamdulillah, GB terima aku dengan baik. Memula tuh dia nak kasi ngajar kelas Pemulihan, sbb katanya dia kekurangan guru pemulihan. Aku terangkan la kat dia..aku belajar PK, tatau ape pasal PL.. GB kata takpe, itu la namanya jadi cikgu.. kena ikut keperluan sekolah.. adoiiii dah rase cam cuak laa... then GB call Jabatan Pendidikan Khas kat JPN, cakap nak letakkan aku utk kelas pemulihan, tapi org JPN cakap aku mmg utk PK, cikgu PL yang lain akan dihantar ke sekolah tu..Alhamdulillah, lega aku..

Sek ni belum ada PK, so murid pon tadek lagi.. hmm banyak keje jugak nanti..tapi PK melaka ni bagus, utk sekolah yang nak buka program baru, dia hantar 2 orang guru, sorang guru fresh cam aku dan sorang lagi guru yang berpengalaman..lega laa.. disebabkan kelas belum ada, aku kena ubahsuai kuaters guru yang lama utk dijadikan kelas PPKI.. abang aku kata dia tengok kat 'kelas' aku tu banyak kerusi meja terpakai.. masak le ko kena ngemas nnt... then dia kata kat belakang kelas ada tanah, so ko bleh la berkebun.. waaa i likeee.. aku sendiri tak sempat pon nak survey sekolah tu lagi.. nnt hari senin ni lah..ehehehk...

Nak kata jauh..tadek la jauh sangat..sekolah aku tu dekat ngan pantai.. ihikkss..dekat ngan Akademi Laut Malaysia (ALAM), tempat aku ngan PD dalam setengah jam je! dah sempadan ngan N9..paling best aku bleh melepak PD request kak elly masak macam macam untuk aku di hujung minggu.. hoyeahhhh... anak2 duyung yang lain jangan jeles ye.. Untuk sementara dapat umah sewa, aku akan stay umah Kak Mekna dulu kat PD....

Saturday, December 5, 2009

Kebosanan..

Wahh.. dah lama rupenye aku tak menulis kat blog ni. Banyak cite nak tulis, tapi mood nak menulis tu tadak! Rase macam tadek idea je nak mengarang..

Alhamdulillah, Exam KISSM dah berakhir 25hb Nov lalu. Taklimat penempatan pon aku dah hadiri (note: mamat yang bagi presentation tu poyo nak mampus!). Malas lah nak elaborate lelebih pasal taklimat tu, buat sakitkan hati jek. Surat lantikan dah diterima. Cuma persoalannya skarang, POSTING! Bile la bleh tahu posting nie... huuhuhu

Aidiladha 2009
Perjalanan pulang ke kampung halaman bersama Roky dan adiknya agak membosankan disebabkan kesesakan jalan raya yang agak teruk dan keadaan fizikal jalan raya yang berlubang-lubang. Namun cuaca amat baik pada hari itu (hari-hari sebelumnya hujan yang amat lebat tanpa henti) mengiringi perjalanan kami. Alhamdulillah, selamat sampai ke kampung halaman dikala senja. Penat yang amats, malam tu aku tidur je laa..

Sambutan Aidiladha tahun ni macam biasa... seperti tahun2 lalu jugak. Semua adik beradik berkumpul, kecuali si bongsu la masih dok beraya di perantauan.. Aktiviti mengorbankan lembu pon berjalan lancar, sebelum semayang Jumaat dah settle! Aku apa lagi.. dorang gi semayang Jumaat aku tido laa.. ehheheh (alasan: cover penat drive smalamnye) :P

BOSAN
Selama aku keje (2thn kat Adrenalin, dekat 3 tahun kat BUTL) aku mana penah dapat cuti panjang. Paling lama pon 4-5 hari je. Skarang, cuti yang panjang membuatkan aku rimas! BOSAN! Dah tak tahu nak buat ape dah. Sampaikan tido pon aku rase bosan! Adooii.. tak tau laa ape aku nak buat sementara tunggu keputusan posting keluar. Aku nak sangat tahu TEMPAT dan TARIKH LAPOR DIRI, so senang sket nak buat perancangan seterusnya. Aku tak suke keje-keje last minute nie. Nanti semenye kalut.

Nak tau ape aktiviti aku mase cuti ni? Tengok TV? Nak tengok tv pon tadek cite best lagipon malas nak berebut ngan anak buah aku dok main PS2 je. Tido? Memang aku layan tido gaks laa, malam tido awal, pagi plak lepas smayang subuh aku sambung tido balik... syiok wooo.. dah tu bangun tido, makan... pastu kalo ngantuk aku sambung tido lagiks.. kalo tak aku online je laa.. layan facebook.. jenguk-jenguk blog orang dan main game.. uhuhu bosan nye kehidupanku sekarang... Nak kuar gi jenjalan tadek geng, lagikpon asyik ujan je.. nak pegi cuti-cuti malaysia...ongkoss nya plak takde.. so cemana??

Friday, November 20, 2009

Susah hati KE?

20 Nov 2009... masih lagi mengikuti KISSM. Agak terseksa apabila Dewan Tun Fatimah digunakan untuk mesyuarat staff IPG, jadi kami terpaksa berkursus di BISA (Balai Islam Saidatina Aisyah). Kenapa terseksa? Sebabnya suasana yang tidak kondusif, agak panas dan terpaksa bersila. Untuk orang yang berbadan comey seperti aku pastinya rasa terseksa. Lenguh kaki, paha, pinggang seme ada. Nasib baik slot pagi berjaya disampaikan dengan berkesan (maksudnye speaker tak membosankan lah...). Walaupun ade la skali dua aku termengantuk, tapi dapat kontrol la..

Aku perasan 2-3 hari ni selera makan aku seakan bertambah. Asyik terasa lapar je.. pagi tadi makan bihun ntah brapa round.. balik lunch makan nasik.. petang tu dalam kol 6.30 aku makan lagi.. adooi... tetiba Kak Elly plak yang kontrol makan. Aku ajak makan nasi petang tadi dia taknak beb.. huagghhh... boleh dia kata kat aku.. makan laa.. (sebenarnye dia suka kalo aku makan banyak... aku pon suke kalo time dia makan banyak!! hahaha)

Kak Elly kata, "kan Kak Elly slalu kata, sesetengah orang kalo susah hati memang kuat makan.."
Then aku tanye la dia balik, "Kak Elly nampak saya macam susah hati ke?"
Kak Elly jawab, "Kak Elly tahu, Aiman tengah susah hati.. biasalah tu, setiap orang mesti ada masalah mereka sendiri.."

Hehe.. ye ke aku tengah SUSAH HATI? hmm.. ntah laa, yang pasti hari ni aku makan dengan penuh berselera. Nak kata susah hati, memang laa.. hati ni dok dup dap dup dap teringatkan pasal posting. Ye ke? Mungkin ada juga masalah lain yang membelenggu, tapi buat masa skarang nie..aku cuba taknak beratkan kepala aku dengan segala macam masalah. Bukan maksudnya aku nak lari dari masalah, tapi aku cuba taknak fikirkan sangat.....

Hari ini aku menduganya...aku senang sekali dengan jawapannya. Thank you.. :-)

Monday, November 16, 2009

Posting

Aduh, kecut perut aku bile cakap pasal posting nie. Skarang nie tetiap hari masing-masing dok cakap pasal posting. Ade yang cakap ade sesetengah IPG dah tau posting, especially ke Sabah & Sarawak. Ade lecturer cakap tahun ni 90% of us kena posting Sabah & Sarawak. Ade yang cakap tahu penempatan 16hb lah, ade yang cakap 23hb lah.. macam-macam spekulasi lah! Ape pon, tunggu je laa.....

Hmmmm... Ke manakah aku bakal ditempatkan untuk memulakan kerjaya baru sebagai seorang pendidik? Sejujurnya, aku tak kesah walau kat mana saja aku ditempatkan. Heh, aku rase walau di mana saja aku pergi, InsyaAllah..aku boleh hidup.. kalo dah tersurat di situ tempat untukku, aku redha je.. mungkin di situ nanti ada sesuatu yang baik untuk aku. Tak kesah la ke Sabah ke..Sarawak ke.. Ulu Tembeling ke.. aku akan terus melangkah.. jadi untuk ape aku nak kecut perut??

Ntah laa.. perasaan tu datang dengan tiba-tiba, tanpa diduga. Aku rase macam nak cepat-cepat je tau kat mana aku bakal ditempatkan nanti. Aku nak cepat-cepat posting. Kalo betul la posting mula 1 Disember, aku bersyukur sangat-sangat. Sebabnya...aku nak build up balik hidup aku.. aku nak stabilkan hidup aku...walau kat mana, aku tak kesah dah. Walaupun aku terpaksa berjauhan dengan insan-insan kesayanganku............ *sigh