Saturday, December 5, 2009

Kebosanan..

Wahh.. dah lama rupenye aku tak menulis kat blog ni. Banyak cite nak tulis, tapi mood nak menulis tu tadak! Rase macam tadek idea je nak mengarang..

Alhamdulillah, Exam KISSM dah berakhir 25hb Nov lalu. Taklimat penempatan pon aku dah hadiri (note: mamat yang bagi presentation tu poyo nak mampus!). Malas lah nak elaborate lelebih pasal taklimat tu, buat sakitkan hati jek. Surat lantikan dah diterima. Cuma persoalannya skarang, POSTING! Bile la bleh tahu posting nie... huuhuhu

Aidiladha 2009
Perjalanan pulang ke kampung halaman bersama Roky dan adiknya agak membosankan disebabkan kesesakan jalan raya yang agak teruk dan keadaan fizikal jalan raya yang berlubang-lubang. Namun cuaca amat baik pada hari itu (hari-hari sebelumnya hujan yang amat lebat tanpa henti) mengiringi perjalanan kami. Alhamdulillah, selamat sampai ke kampung halaman dikala senja. Penat yang amats, malam tu aku tidur je laa..

Sambutan Aidiladha tahun ni macam biasa... seperti tahun2 lalu jugak. Semua adik beradik berkumpul, kecuali si bongsu la masih dok beraya di perantauan.. Aktiviti mengorbankan lembu pon berjalan lancar, sebelum semayang Jumaat dah settle! Aku apa lagi.. dorang gi semayang Jumaat aku tido laa.. ehheheh (alasan: cover penat drive smalamnye) :P

BOSAN
Selama aku keje (2thn kat Adrenalin, dekat 3 tahun kat BUTL) aku mana penah dapat cuti panjang. Paling lama pon 4-5 hari je. Skarang, cuti yang panjang membuatkan aku rimas! BOSAN! Dah tak tahu nak buat ape dah. Sampaikan tido pon aku rase bosan! Adooii.. tak tau laa ape aku nak buat sementara tunggu keputusan posting keluar. Aku nak sangat tahu TEMPAT dan TARIKH LAPOR DIRI, so senang sket nak buat perancangan seterusnya. Aku tak suke keje-keje last minute nie. Nanti semenye kalut.

Nak tau ape aktiviti aku mase cuti ni? Tengok TV? Nak tengok tv pon tadek cite best lagipon malas nak berebut ngan anak buah aku dok main PS2 je. Tido? Memang aku layan tido gaks laa, malam tido awal, pagi plak lepas smayang subuh aku sambung tido balik... syiok wooo.. dah tu bangun tido, makan... pastu kalo ngantuk aku sambung tido lagiks.. kalo tak aku online je laa.. layan facebook.. jenguk-jenguk blog orang dan main game.. uhuhu bosan nye kehidupanku sekarang... Nak kuar gi jenjalan tadek geng, lagikpon asyik ujan je.. nak pegi cuti-cuti malaysia...ongkoss nya plak takde.. so cemana??

No comments:

Post a Comment