Wednesday, October 14, 2009

Masak & Makan

Dok kat Duyung ni, memang kami selalu memasak. Aku sememangnya tak suka sangat makan kat luar, sekali sekala boleh la. Tapi kalo dah selalu sangat, mana boleh tahan. Apa yang tak boleh tahannya? Tak boleh tahan duit laa, sekarang nie aku takde gaji, harapkan duit elaun je mana nak cukup. Lagipun sejak dulu pun aku lebih suka masak sendiri daripada makan kat luar. Puas hati masak sendiri ni, walaupun telur goreng dengan kicap je!

Bila dok kat Duyung ni kami pakat-pakat masak. Jimat! Berkhasiat! Sedap! Tapi yang paling rajin masak tentulah si kakak sulung, Kak Elly. Aku, Kak Liza & Roky biasanya tolong wat kecoh je semasa sesi memasak berlangsung. Sebenarnye kat rumah ni semuanya hebat bila memasak, cume saje tak nak tunjuk skill! Kita serahkan saja pada yang pakar!~ Hehehehe

Kak Elly ni sangat pandai memasak, dan beliau gemar memasak. Kalau sehari tak masak, mungkin dia boleh demam kots! Hahaha.. Banyak dah juadah-juadah yang sedap yang selalu Kak Elly masak, antaranya Rendang Ayam, Nasi Kerabu, Laksam, Nasi Ayam, Roti Jala dan macam-macam lagi. Memang dia Ibu Mithali, amat menjaga kebajikan pemakanan anak-anak Duyung's.

Bihun Goreng Tangkak resipi Kak Liza memang sedap. Kak Liza ni saje taknak tunjuk skill memasak, mungkin beliau segan. Kerana apa? Kerana kami yang lain orang Kelantan, dia seorang saja warga Johor, jadi dia gemar memerhati dan bertanya itu ini (dia balik praktik kat umah dia kots!) Btol kan kak...!?

Roky pulak amatlah hebat masak Sayur Lemak Putih dan Sambal Putik Pauh! Dia punya gaya dan cara tersendiri bila beraksi di dapur. Tapi dia ni tak boleh makan pedas-pedas sangat. Perut tak tahan kots, makan pedas sikit nanti terpaksa lah dia berjumpa dengan Dr Tan*as. Haha

Aku? Aku reti makan je KE?!~ Eh eh orang perempuan..mesti la kena tahu masak kan! Nak kata aku hebat, takde la hebat sangat. Aku reti wat Sambal Belacan je.... Kire hebat la tuu... Laallaallaaa..

Biasanya kami elakkan pembaziran. Masak cukup-cukup untuk kami berempat; sekali atau 2 kali makan je. Alhamdulillah, biasanya semua yang dimasak akan HABIS!

Apa menu kami hari ini?




Alhamdulillah... :)

Nota: Penatnya aku bila menulis dengan penuh skema! :P

No comments:

Post a Comment