Wednesday, October 21, 2009

Terapi Seni

Alhamdulillah, temuduga SPP berjalan lancar. LEGA. Sekurang-kurangnya lidahku tidak kelu semasa menjawab. Betul atau salah belakang kira, yang penting aku cakap apa yang aku tahu. Hikss.. Tawakkal saja padaNya. Semoga aku dan kawan-kawan semua lulus. InsyaAllah.

So, skarang ni aku kena fokus pada final exam (3-5 Nov) plaks. Pengakuan jujur- sehingga saat ini aku masih blom mula study. Adoi..mood tu blom ada lagiks. Cemana ye? Ape pun kena siapkan dulu tugasan En Israfi dan Mr Yeow. Assignment PSP Pn Ngau ada nak kena btolkan sket. Aku akan cuba siapkan semua tugasan tersebut by this week. Next week aku nak mula FOKUS untuk final. Lama dah tak study maut nih!..

Hari ni, sebagai KS PK (Pendidikan Jasmani & Suaian) aku handle Terapi Seni untuk kelas PK1 & PK2. Thanks a lot to all my housemates for the support. Love you all, sis! Alhamdulillah, sesi terapi tersebut berjalan lancar. Namun ada juga aku dengar orang sok sek sok sek kat belakang tak puas hati ngan pengurusan aku. Ikutkan hati nak je aku cili mulut tuh. Langsung tak bersyukur dengan apa yang orang dah buat. Lain kali kalo tak puas hati, cakap depan-depan laa... macam ni ke nak jadi cikgu ha?? Menyampah aku dengan manusia-manusia macam nie. Depan kita kemain manis, tapi kat belakang mulut macam hamis dok mengutuk mengata. HUH!! Masa akhir sesi tu ada gak aku sound se-das dua, tapi tak tau le manusia macam tuh reti terasa ke tak!

Ayways, thanks a lot to Puan Norliyan yang sudi meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dengan kami. Selama ni aku tak suka dengan Pendidikan Seni. Tapi, skarang..aku bersedia untuk mengajar Seni. Sebenarnya Seni tak susah kalo kita tahu teknik yang betul. InsyaAllah, apa yang aku pelajari tadi akan cuba aku praktikkan di sekolah nanti.



Note : more photos in facebook..

No comments:

Post a Comment