Monday, November 16, 2009

Posting

Aduh, kecut perut aku bile cakap pasal posting nie. Skarang nie tetiap hari masing-masing dok cakap pasal posting. Ade yang cakap ade sesetengah IPG dah tau posting, especially ke Sabah & Sarawak. Ade lecturer cakap tahun ni 90% of us kena posting Sabah & Sarawak. Ade yang cakap tahu penempatan 16hb lah, ade yang cakap 23hb lah.. macam-macam spekulasi lah! Ape pon, tunggu je laa.....

Hmmmm... Ke manakah aku bakal ditempatkan untuk memulakan kerjaya baru sebagai seorang pendidik? Sejujurnya, aku tak kesah walau kat mana saja aku ditempatkan. Heh, aku rase walau di mana saja aku pergi, InsyaAllah..aku boleh hidup.. kalo dah tersurat di situ tempat untukku, aku redha je.. mungkin di situ nanti ada sesuatu yang baik untuk aku. Tak kesah la ke Sabah ke..Sarawak ke.. Ulu Tembeling ke.. aku akan terus melangkah.. jadi untuk ape aku nak kecut perut??

Ntah laa.. perasaan tu datang dengan tiba-tiba, tanpa diduga. Aku rase macam nak cepat-cepat je tau kat mana aku bakal ditempatkan nanti. Aku nak cepat-cepat posting. Kalo betul la posting mula 1 Disember, aku bersyukur sangat-sangat. Sebabnya...aku nak build up balik hidup aku.. aku nak stabilkan hidup aku...walau kat mana, aku tak kesah dah. Walaupun aku terpaksa berjauhan dengan insan-insan kesayanganku............ *sigh

No comments:

Post a Comment